Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum! Apa khabar anda sekalian?
Assalamualaikum! Apa khabar anda sekalian?
Alhamdulillah...
Untuk entry kali ini saya (dah tukar dah kata ganti nama diri) hendak berkongsi serba sedikit mengenai cerita 'Aku ada wali'.
Saya mendapat tahu akan cerita ini apabila saya menonton satu rancangan di TV AlHijrah pada masa lalu. Saya tidak ingat bila. Hehe :)
Ia menceritakan kisah mengenai seorang anak gadis yang bernama Syumaila. Dia merupakan seorang yang sentiasa menjaga tata tertib serta pergaulan diantara lelaki dan juga perempuan.
Malah dia juga seorang gadis yang tidak bercouple seperti generasi muda yang lain. Meskipun telah melanjutkan pelajarannya ke negara empat musim, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.
Syumaila mempunyai pendirian yang tetap dan tegas apabila diri diuji cinta lelaki. Dia hanya berurusan apabila perlu sahaja dan tetap ada batasannya.
Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin namun dia tidak memilih cara menghampiri jalan-jalan zina sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P iaitu, Pause! Prioriti! Pergi! Baginya, ini saat 'menahan', apabila 'berbuka' penuh keterujaan.
Akhirnya dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah...
Dipetik dari sinopsis 'Aku Ada Wali' terbitan Sebarkan Bahagia.
Saya belum lagi membaca buku tersebut kerana tidak ada masa untuk berbuat demikian. Insya-Allah saya akan bacanya sooner or later.
Inilah buku yang saya maksudkan tadi.
Saya suka dengan petikan ini:
"Kenapa mengurat? Jika mahu, dapatkan secara terhormat."
Subhanallah! :)
Jangan lupa untuk tontonan drama 'Aku Ada Wali' malam ini di TV ALHijrah pada pukul 10 malam.
Drama ini diadakan setiap hari Selasa ya.
Aku Ada Wali dibintangi oleh barisan pelakon seperti Siti Saleha, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Sabhi Sadhi.
Baiklah, sampai disini sahaja coretan saya untuk hari ini. Assalamualaikum!
salam kenal ...dah follow ;)
ReplyDeletefollower no.10;)
ReplyDelete