-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

Journey To The Future

Struggling towards the challenge

Pages

  • Home
  • About Me
Sky Blue Bow Tie

About Me

Batrisyia Arashe
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers


Friday, 16 May 2014

Menghitung Hari

Tujuan aku hanya satu,
Untuk memeriksa sesuatu,
Apakan daya diriku?
Tidak dapat menahan kemahuanku,
Aku pun mula mencoret sesuatu...


     Sebenarnya pancaindera saya mula berasa layu dan bila-bila masa sahaja boleh terlelap. Namun, saya gagahkan jua jari-jemari yang kecil dan molek ini untuk menekan papan kekunci semata-mata untuk menulis entri.

     Alhamdullilah, secara rasminya minggu peperiksaan di SMK Lutong telah pun tamat dengan jayanya. Tidak perlulah saya berjaga pada lewat malam semata-mata untuk mengulang kaji pelajaran pada saat akhir. Tidak mengapalah jika ujian kali ini saya tidak mendapat keputusan yang saya inginkan kerana ini merupakan percubaan pertama untuk kami menggunakan format SPM yang sebenar pada tahun ini. Oleh itu, ada sedikit kepayahan ketika menjawab kertas soalan tersebut.

     Apapun, saya telah menggunakan kudrat yang saya ada untuk memegang pen dan menulis jawapan yang terjana dalam otak dan dipindahkan di atas kertas. Tapi banyak kemusykilan terhadap jawapan yang telah saya berikan. Maklumlah, saya buat sejarah saya sendiri ketika membuat kertas soalan sejarah. Manakala untuk kertas kimia dan physics pula saya buat ujikaji saya sendiri dan begitu jua dengan matematik tambahan iaitu saya telah mencipta formula baru untuk menyelesaikan soalan-soalan yang telah diberikan. Barangkali, cikgu akan menggeleng kepala ketika membaca jawapan tersebut.

   Tidak mengapalah. Benda itu sudah berlalu pun. Tidak sangka juga peperiksaan yang sering didambakan kini telah tamat. Sejujurnya saya tidak sabar untuk menghabiskan minggu peperiksaan kerana tidak lama lagi cuti! Hoyeah! Ada seminggu sahaja lagi untuk saya meredahi pancaroba di alam persekolahan. Cewah, macam nak tamat zaman persekolahan pulak dah! Padahal masih panjang lagi perjalanan yang mesti diteruskan. Semangat nak cuti ini bukan apa, ketika cuti nanti keluarga saya akan bercuti di Kuala Lumpur. Sebab itulah rasa teruja. Nanti kami akan melawat ke Melaka juga. Mesti seronok kan?

Baiklah, sampai disini sahaaa huargh~ Alamak ngantuklah pulak!!! Oklah sayaaaa~ zZZ
Eh, eh, maaf... Hehe.... Assalamualaikum!! zZZZZZZZ

♥ Thank you for reading ♥

Posted by Batrisyia Arashe at 08:29 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cuti Sekolah, Menghitung hari, Peperiksaan, SMK Lutong, Teruja, Ujian




Thursday, 3 April 2014

Menyanyi

Assalamualaikum!

Apa khabar anda sekalian? Alhamdulillah saya sihat walafiat.

Minggu ini semua pelajar akan dapat kertas ujian masing-masing. Saya punya keputusan tidaklah begitu cemerlang namun saya berpuas hati kerana purata saya meningkat berbanding tahun lepas. Sukar bagi saya untuk mempercayai bahawa Prinsip Perakaunan saya lulus!


Akhirnya impian saya jadi kenyataan! Haha xD

Semenjak dua menjak ini, saya dan geng sayembara saya yang lain sibuk dengan latihan kami. Maklumlah, pertandingan itu hanya tinggal satu hari lagi, iaitu hari Sabtu ini.

Macam biasa, kami orang berlatih dalam library. Time itu tak ada orang lagi sebab itu kami orang berlatih dekat situ je. Tengah syok-syok practice, datang pulak guru penyelaras tingkatan 5. Dia bawa kelas dia ke library sebab nak buat program NILAM.

Hari itu dia nak tengok performance kami but then kami orang bagi tahu dia yang hari Khamis ini baru kami perfom live depan dia. Suddenly je dia cakap dia nak tengok persembahan time itu juga.

And I was like...


Ummm... Okay.....

Kami orang tak ready sangat. "It's okay, we just have to show our best! Kawan saya cakap. 
Dup Dap Dup Dap je jantung saya masa itu. Takkanlah. Malu wei!
Mahu tak mahu, kami kena buat juga.
Then dia komen. Dia cakap:

The song and the music was great!
Misha, your intonation was okay and you got the voice which suite with the poem but you need to work on your facial expression.
Azlin,you don't seem to be confident with yourself when singing.
Last but not least,
Atiqah, your voice was beautiful. You have a sweet voice but you need to improve for the ending of the song. It need to be strong.

Itulah kesimpulan yang dia buat... Thanks, we will improve on that.
After that, tiba-tiba sahaja dia cakap kami semua mesti membuat persembahan di hadapan semua pelajar dan guru pada perhimpunan sesi petang kelak.

Nooo!!!! I'm not ready yet!
Terpaksalah kami orang buat practice last minute untuk itu dan kami berpindah ke bilik gerakan sekejap.
Selepas itu kami berpindah pula ke bilik APD sebab pada pukul 11 pagi para guru akan menggunakan bilik tersebut.
Rasa macam sekejap je kami practice sebab tak sedar sebab sudah tiba masanya untuk membuat persembahan.
Pukul 12:00 tengah hari kami ready dekat dewan. Rasa gemuruh bermaharajalela dalam diri saya pada saat itu.

Kawan saya ini pun satu, setiap kali nama cikgu dipanggil untuk membuat pengumuman mulalah dia nak 'shhh' dan kami pun berdebar serta tekun mendengar. Ternyata belum lagi giliran kami. Saja nak naikkan darah gemuruh orang.

Akhirnya, tiba jua untuk persembahan kami. Gulp.

Masuk je dewan, perasaan gugup mula menjelma. Semua anak mata memandang ke arah kami. Terketar-ketar tangan saya memegang mikrofon.

Err... Banyak gila pelajar!
Berhadapan dengan mereka seumpama membuat persembahan di hadapan pentas dunia. Tengok audience dah macam dekat X-Factor je!


Saya takut lupa lirik sebab tak boleh bawa kertas.
Once the music start, debaran di dada bertambah rancak.


Tak apalah. Just let it go.


Siap pejam mata lagi bila nyanyi. Feeling-lah katakan. Mereka cakap suara saya nyaring ketika itu sampai orang dekat surau boleh dengar. Jarak dewan dengan dekat surau dekat je. Tak jauh sangat pun sebab itu mereka boleh dengar.

 Wah, lega rasanya setelah semua itu berakhir!
Mereka cakap time first saya nyanyi, pitching lari sikit but then saya dapat catch up balik. Huhu.
Kira okeylah itu. Cikgu pengiring kami cakap performance kami okey cuma Azlin nyanyi ada salah sikit tadi. Yang lain okey, cuma bunyi gitar tak dengar. Apa boleh buat, mikrofon yang disediakan hanya ada dua je. Cukup untuk penyanyi.

Apapun saya rasa berpuas hatilah sebab guru penyelaras tingkatan 5 cakap kami orang sememangnya hebat. Hehe...

After that performance, adalah sorang dua orang junior cakap:
"Hai kak! Cantik suara akak nyanyi hari itu!
Aisehmen, kembang hidung saya.

Baiklah. Sampai disini sahaja coretan saya untuk masa ini. Doakan terbaik untuk kumpulan sayembara sekolah kami! 

Assalamualaikum! Adios Amigos!!



♥ Thank you for reading ♥

Posted by Batrisyia Arashe at 05:07 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




Saturday, 29 March 2014

Bangun Pagi

Assalamualaikum!

Alhamdullillah, saya telah memulakan pagi saya dengan sarapan yang berkhasiat iaitu Koko-Crunch. Sedapnya sehingga menjilat mangkuk! Aha :P Apapun, saya ingin mengucapkan Selamat kembali Ke Sekolah! Hai.... Pejam celik, pejam celik dah seminggu cuti.

Semalam saya dengan bala tentera saya pergi serbu Kbox dekat Boulevard. Seronoklah juga, walaupun agak hambar. Hehe

But first, let me take a selfie! XD

Sekarang, secara rasminya saya telah berumur 17 tahun. Dah tua dah, tak boleh main-main lagi lepas ni. Maklumlah nak SPM.

Selepas balik dari besuka ria, malam itu saya dengan keluarga saya menghadiri suatu majlis perkahwinan.

Saya dengan sepupu saya :)

Muka saya tak secerah dalam gambar. Terima kasih dekat lighting haha XD. Saya tak edit okey :P

Makanan dekat sana okeylah. Sekurang-kurangnya dapat mengisi perut saya yang tengah lapar pada ketika itu.

Baiklah, Sampai disini sahaja coretan saya untuk kali ini.
Assalamualaikum! Adios Amigos!


♥ Thank you for reading ♥

Posted by Batrisyia Arashe at 19:30 5 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




Friday, 28 March 2014

Ku menunggu

Duduk di hadapan komputer riba,
Jari mula menari-nari,
Menunggu masa yang berkunjung tiba,
Tekunnya menulis entri,

Terdengar kicauan burung di luar jendela,
Matahari sudah tegak di atas kepala,
Masih lagi khusyuk melayari internet,
Tidak mahu lepas walaupun seminit,

Perut sudah mula berkeroncong,
Lagu klasik sememangnya mengusik jiwa,
Mulut mula memuncung,
Namun masih duduk seperti sediakala.

Sebenarnya saya sedang menunggu abang saya untuk selesaikan hal dia. Maklumlah, petang nanti dia akan pulang semula ke Kuching, Sarawak. Cuti kan dah nak habis ni! Hehe... Sajak yang kat atas itu saya merapu sahaja. Tiba-tiba sahaja tergerak hati untuk berbuat demikian.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan.

Baiklah, sampai disini sahaja entri saya buat masa ini. Assalamualaikum! Adios Amigos!


♥ Thank you for reading ♥

Posted by Batrisyia Arashe at 20:16 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




Menghitung Masa, boleh ke?

Assalamualaikum!
Apa khabar saudari sekalian? Hari ini sudah lewat namun saya masih belum mahu tidur. Mata sememangnya sudah berat namun saya masih lagi mahu menghitung masa. Kenapa ya? Haha :D Esok merupakan hari bersejarah buat saya kerana genaplah sudah 17 tahun saya bernafas di bumi kenyalang ini, Insya-Allah.

Alhamdullilah.Saya diberikan peluang untuk menaip entri sebegini walaupun sudah tiba waktunya untuk saya beradu. Bukan apa, takut nanti esok bangun lewat pula seperti sediakala. Langsung ibu saya akan memarahi saya kerana matanya tidak celik-celik walaupun matahari sudah di atas kepala.
Haha :D

Apapun, saya tetap tidak mahu melepaskan detik terindah ini biarpun hanya saya seorang sahaja menikmatinya. Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya hendak mempromosikan Blogshop baru saya. Sila klik banner di bawah ya! Kerjasama anda semua amatlah dihargai!! Hehe :)


Dalam Blogshop ini saya akan menjual hasil tangan saya yang diperbuat daripada kain felt. Pada permulaannya, saya hanya menjual sedikit sahaja namun lama kelamaan saya akan menambah produk baru yang lain.

Baiklah. Sampai disini sahaja entri saya pada waktu ini. Sekian Terima Kasih!

Assalamualaikum! Adios Amigos!!

♥ Thank you for reading ♥

Posted by Batrisyia Arashe at 08:53 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




Tuesday, 4 February 2014

Aku Ada Wali

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum! Apa khabar anda sekalian?
Alhamdulillah...
Untuk entry kali ini saya (dah tukar dah kata ganti nama diri) hendak berkongsi serba sedikit mengenai cerita 'Aku ada wali'.
Saya mendapat tahu akan cerita ini apabila saya menonton satu rancangan di TV AlHijrah pada masa lalu. Saya tidak ingat bila. Hehe :)

Ia menceritakan kisah mengenai seorang anak gadis yang bernama Syumaila. Dia merupakan seorang yang sentiasa menjaga tata tertib serta pergaulan diantara lelaki dan juga perempuan.
Malah dia juga seorang gadis yang tidak bercouple seperti generasi muda yang lain. Meskipun telah melanjutkan pelajarannya ke negara empat musim, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Syumaila mempunyai pendirian yang tetap dan tegas apabila diri diuji cinta lelaki. Dia hanya berurusan apabila perlu sahaja dan tetap ada batasannya.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin namun dia tidak memilih cara menghampiri jalan-jalan zina sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P iaitu, Pause! Prioriti! Pergi! Baginya, ini saat 'menahan', apabila 'berbuka' penuh keterujaan.

Akhirnya dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah...

Dipetik dari sinopsis 'Aku Ada Wali' terbitan Sebarkan Bahagia.

Saya belum lagi membaca buku tersebut kerana tidak ada masa untuk berbuat demikian. Insya-Allah saya akan bacanya sooner or later.

Inilah buku yang saya maksudkan tadi.

Saya suka dengan petikan ini:
"Kenapa mengurat? Jika mahu, dapatkan secara terhormat."
Subhanallah! :)

Jangan lupa untuk tontonan drama 'Aku Ada Wali' malam ini di TV ALHijrah pada pukul 10 malam.
Drama ini diadakan setiap hari Selasa ya.
Aku Ada Wali dibintangi oleh barisan pelakon seperti Siti Saleha, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Sabhi Sadhi.
Baiklah, sampai disini sahaja coretan saya untuk hari ini. Assalamualaikum!

♥ Thank you for reading ♥

Posted by Batrisyia Arashe at 04:11 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




Monday, 3 February 2014

Blog yang sudah usang

Apa khabar saudari sekalian? Harapnya dalam keadaan sihat dan walafiat.
Agak lama juga tidak mengemaskini blog ana yang sudah usang dibiarkan begitu saja. Ana masih lagi aktif dalam aktiviti blogging ini cuma ana lebih tertumpu kepada blog ana yang kedua. Kalau ana buat blog ini pun bukannya orang banyak baca bukan? Post pun jarang yang ada menarik perhatian pembaca. Kebanyakannya merapu sahaja! hihi ^.^

Apapun, ana tidak mahu delete blog ini kerana blog ini merupakan blog pertama yang ana cipta. Dengan blog inilah ana belajar bagaimana mahu mengedit blog, menulis entri, tahu banyak perkara dan banyak lagi (malas hendak senaraikannya). Blog ini pun sudah mencecah umur 3 tahun.

Alhamdulillah, rasanya semua berjalan lancar. Tiada apa-apa masalah yang merumitkan kecuali kerja rumah. Itupun tidak banyak yang cikgu berikan. Cikgu ana sememang cikgu yang baik. hoho
Kini, netbook kesayangan sudah pun pulih. Namun begitu, ana terpaksa berkorban deminya kerana terpaksa format. Hilanglah semua data-data yang ana simpan serta muat turun sebelum ini. Apapun syukur kehadrat Ilahi kerana masalah netbook ana tidak serius sangat.

Baiklah, sampai disini sahaja coretan ana untuk hari ini. Waktu pun sudah semakin lewat. Mungkin ana akan mengemaskininya pada esok hari juga. Insya-Allah.

Assalamualaikum kalian semua! Selamat malam. Mimpikan semua yang indah-indah.

♥ Thank you for reading ♥

Posted by Batrisyia Arashe at 07:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




Subscribe to: Posts (Atom)
hit counter
hit counter

Leave ur foot print here! :D

Free Shoutbox by ShoutCamp
baju muslim baju batik

Calendar

Malaysia Calendar

Blog Archive

  • ▼  2014 (7)
    • ▼  May (1)
      • Menghitung Hari
    • ►  April (1)
      • Menyanyi
    • ►  March (3)
      • Bangun Pagi
      • Ku menunggu
      • Menghitung Masa, boleh ke?
    • ►  February (2)
      • Aku Ada Wali
      • Blog yang sudah usang
  • ►  2013 (11)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (7)
    • ►  September (4)
    • ►  August (8)
    • ►  July (12)

Labels

  • ??? (1)
  • Cuti Sekolah (1)
  • Menghitung hari (1)
  • Peperiksaan (1)
  • SMK Lutong (1)
  • Teruja (1)
  • Ujian (1)
 

Now Playing~

Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America